Rabu, 14 Mei 2008

Ringkasan Keutamaan Surah al-Baqorah

Telah dikhabarkan olehku oleh Ustaz Muhammad Syamsol...dia berkata :
"Antara kelebihan dan keutamaan membaca surah al-Baqorah yang terkandung dalam hadist dan tersebar secara mahsyur ialah "..

KEUTAMAAN SURAH AL-BAQARAH

Nabi Muhammad saw telah bersabda :

Janganlah kamu menjadikan rumah kamu seperti kuburan. Sesungguhnya rumah yang didalamnya dibacakan surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan”.

Nabi saw telah menjadikan surah ini sebagai bacaan di dalam solat qiyamulail.

Diriwayatkan bahawa al-Quran akan menjadi syafaat di akhirat bagi orang yang membacanya dan surah al-Baqarah adalah surah yang awal yang akan datang di akhirat.

Sabdanya lagi : “…sesunggunya syaitan akan lari dari rumah yang didalamnya dibacakan surah al-Baqarah.

Sabdanya lagi :"…Bacalah surah al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan barakah…”

Sabdanya lagi :"…belajarlah surah al-Baqarah, maka sesungguhnya mengambilnya (mempelajarinya) adalah barakah dan meninggalkannya (tidak mempelajarinya) adalah kerugian dan sihir tidak akan mengenai pembacanya.."

Abdullah bin Mas`ud r.hu mengatakan : “Barangsiapa membaca sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah pada suatu malam, maka syaitan tidak akan masuk ke rumahnya pada malam itu. Ayatnya ialah empat ayat dari awal surah al-Baqarah, ayat kursi dan dua ayat selanjutnya serta tiga ayat terakhir dalam surah al-Baqarah.”

Anas bin Malik mengatakan :"Sekirannya seseorang telah membaca (mempelajari) surah al-Baqarah dan Ali Imran, maka kami (para sahabat) menganggapnya ia seorang yang mulia".




Tiada ulasan: