(6) إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
(7) خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
(8) وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ
(9) يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Maksudnya :
Ayat 6
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada Engkau beri amaran kepadanya atau Engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
Ayat 7
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah menutup atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
Ayat 8
Dandi antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
Ayat 9
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
Penafsiran ayat 6 hingga 9 surah al-Baqarah.
Ayat 6
Dalam ayat ini Allah swt menjelaskan mengenai sifat ahli neraka iaitu mereka yang mengingkari risalah, wahyu dan seruan yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yakni al-Quran. Bahkan disebutkan dalam ayat ini, walaupun telah berkali-kali telah di ingatkan kepada mereka mengenai hal keimanan, masih juga mereka menolak dan mengingkarinya, walaupun mereka terdiri daripada orang-orang yang beriman terhadap Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka. Ibnu Abbas r.hu mengatakan bahawa orang-orang kafir yang dimaksudkan adalah yahudi yang tinggal di pinggiran Madinah. Mereka adalah yahudi yang telah mengetahui kerasulan Nabi Muhammad saw akan tetapi mereka sengaja mengingkarinya. Adapun orang-orang yang mula-mula mengingkari kerasulan Nabi saw adalah para pendeta atau rahib-rahib Yahudi di Madinah dan dengan sebab itu mereka di sebut sebagai al-Kufru, yakni yang menutup atau yang menyembunyikan sifat Nabi Muhammad saw di dalam Taurat atau dalam dakwah-dakwah mereka. Ayat ini juga dikaitkan dengan firman Allah swt dalam surah Ibrahim ayat 28 dan 29 yang bermaksud :
28. Tidakkah engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran, dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan?
29. (Iaitu) neraka jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; dan (ingatlah), seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka jahannam.
Mereka adalah orang-orang kafir yang mati dalam peperangan badar.
29. (Iaitu) neraka jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; dan (ingatlah), seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka jahannam.
Mereka adalah orang-orang kafir yang mati dalam peperangan badar.
Ayat 7
Dalam ayat ini Allah swt menjelaskan mengenai orang-orang yang ditutup dan dikunci mati hati mereka disebabkan kekafiran mereka. Para ulama menafsirkan bahawa, hati yang ditutup itu hanyalah sekadar maklumat daripada Allah swt tentang kesombongan mereka kerana berpaling dari kebenaran agama. Sabda Nabi saw yang bermaksud : "Sesungguhnya apabila seorang mukmin melakukan dosa maka jadilah noda hitam dalam hatinya, jika ia bertaubat dan meninggalkan perbuatannya serta beristighfar maka hatinya kembali berkilau, dan jika ia menambah dosanya maka bertambahlah noda hitam tersebut dalam hatinya, dan itulah yang dimaksudkan dengan ar-Raan seperti yang disebutkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud :
"Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan". Al-Muthoffifin : 14
Ini bermaksud, kerana dosa-dosa yang mereka lakukan secara berkekalan yang menyebabkan hati mereka menjadi hitam dan menyebabkan dosa-dosa atau noda-noda hitam itu menutupi hati mereka sehingga hati mereka tertutup untuk menerima kebenaran atau petunjuk daripada Allah swt. Oleh kerana hati yang tertutup itulah, maka pendengaran dan penglihatan mereka juga telah tertutup untuk mendengar dan melihat kebenaran agama Islam. Maka di akhirat kelak Allah swt akan mengazab mereka dengan siksaan yang besar dan dahsyat.
Ayat 8
Dalam ayat ini dijelaskan mengenai sifat dan tabiat orang-orang munafiq yang mana ucapan mereka bertentangan dengan perbuatan mereka sendiri. Disebutkankan juga keadaan dalaman atau batin mereka bertentangan dengan sikap lahiriah mereka dan kadang-kadang penampilan mereka bertentangan dengan keperibadiannya. Disebutkan di dalam kitab tafsir bahawa wujudnya golongan munafiq semasa Nabi saw berada di Madinah dan diriwayatkan bahawa golongan munafiq itu dari kabilah Aus dan Khazraj serta orang-orang yang mengikuti mereka. Telah disebutkan dalam ayat yang lain bahawa golongan munafiq adalah golongan pendusta, sepertimana yang difirmankan Allah swt dalam surah al-Munafiqun ayat 1 yang bermaksud :
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.
Orang munafiq dalam Islam bagaikan musuh di dalam selimut kerana aktiviti mereka sukar dikesan dan tidak jelas. Mereka ini berpura-pura beriman namun hatinya terdapat kekufuran dan sifat jahat dan kadang-kadang orang-orang mukmin tertipu dengan kemanisan lidah mereka. Orang munafiq ini hidup dalam ketakutan, kerisauan dan tidak tenteram kerana dikuatiri rahsia-rahsia jahat dan sifat kepura-puraan mereka di ketahui oleh orang-orang mukmin.
Orang munafiq dalam Islam bagaikan musuh di dalam selimut kerana aktiviti mereka sukar dikesan dan tidak jelas. Mereka ini berpura-pura beriman namun hatinya terdapat kekufuran dan sifat jahat dan kadang-kadang orang-orang mukmin tertipu dengan kemanisan lidah mereka. Orang munafiq ini hidup dalam ketakutan, kerisauan dan tidak tenteram kerana dikuatiri rahsia-rahsia jahat dan sifat kepura-puraan mereka di ketahui oleh orang-orang mukmin.
Ayat 9
Dalam ayat ini dijelaskan mengenai sifat golongan munafiq yang kedua iaitu sifat kebodohan dan kedangkalan fikiran mereka.Mereka mengira dan menduga bahawa dengan sifat munafiq mereka itu mereka boleh menipu Allah swt dan orang-orang yang beriman, padahal Allah swt Maha Mengetahui tentang kedudukan mereka dan tidak mustahil bagi Allah swt untuk Ia mengkhabarkan rahsia-rahsia jahat orang-orang munafiq kepada orang-orang beriman. Sifat dan tabiat golongan munafiq sebenarnya telah merugikan diri mereka sendiri kerana sifat menipu dan berdusta dengan kebenaran adalah adalah musibah besar buat mereka di dunia dan di akhirat. Walaupun kadang-kadang mereka menunjukkan kebaikan mereka akan tetapi semua itu adalah mainan dan senda-gurau mereka yang ditujukan buat orang-orang mukmin, tetapi kisah mereka dibongkar dan akhirnya mereka kebohongan dan permainan mereka kembali kepada mereka sendiri sehingga mereka sendiri tidak menyedarinya kerana kebodohan mereka.Wa Allahu `Alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan