Rabu, 14 Mei 2008

Amalan-amalan yang berkaitan dengan ayat 1-5 al-Baqaroh

Telah berkata Ustaz Muhammad Syamsol al-Muqri` :

Memperbanyakkan bertilawatul Quran kerana ganjarannya sangat besar sepertimana hadist Nabi saw :

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لاَ أَقُولُ الـــم حَرْفٌ
وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Maksudnya : "Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah, maka dituliskan baginya bagi satu huruf itu dengan satu kebajikan, dan satu kebajikan itu bersamaan sepuluh pahala. Tidaklah aku mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, akan tetapi Alif adalah satu huruf, Lam satu huruf dan mim juga satu huruf". Hadist sahih daripada Abdullah b. Mas`ud.

Nabi saw menjadikan lima ayat ini sebagai ayat-ayat syifa`.

Kata Abdullah b. Mas`ud : "Barangsiapa yang membaca empat ayat daripada awal surah al-Baqarah, ayat kursi dan dua ayat selepasnya dan tiga ayat terakhir dalam surah al-Baqarah, (maka) syaitan tidak dapat menghampirinya dan ahli keluarganya pada hari itu, dan tidak akan ditimpakan sesuatu yang tidak disukainya kepada ahli keluarganya dan hartanya". Disebutkan dalam hadist lain, "Barangsiapa membaca sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah pada waktu malam, (maka) syaitan tidak akan masuk kedalam rumah itu sampai waktu subuh". Hadist riwayat ad-Darimi.

Dalam hadith dikeluarkan oleh at-Thobrani dan al-Baihaqi, bahawasanya Ibnu Umar telah mendengar Rasulullah saw memerintahkan agar dibacakan pembukaan daripada surah al-Baqarah dibahagian kepala mayat dan membaca ayat penutup daripada surah al-Baqarah di bahagian kaki mayat di tanah perkuburan. Wa Allahu `Alam.

Tiada ulasan: