Rabu, 14 Mei 2008

Ringkasan Tafsir Surah al-Baqorah ayat 10-12


(10) فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
(11) وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لاَ تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ
(11) أَلاَ إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لاَيَشْعُرُونَ
Maksudnya :
Ayat 10 : Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
Ayat 11 : Dan apabila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan."
Ayat 12 : Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.
Penafsiran ayat 10 hingga 12
Ayat 10
Dalam ayat ini Allah swt menjelaskan dan mengumpamakan hati orang-orang munafiq dengan penyakit dan seakan-akan hati mereka tidak memiliki kesihatan iman dan hati yang hidup segar serta tidak mempunyai kekuatan rohani dan jasmani. Hati orang-orang munafiq penuh dengan penyakit disebabkan sifat dusta dan bohong mereka kembali kepada mereka sendiri. Ibarat sifat dusta dan bohong itu merupakan kekotoran yang wujud dengan pelbagai jenis penyakit yang merbahaya dan mengancam jiwa lebih-lebih hati sehingga wujudlah sifat-sifat keraguan mereka dalam Islam dan kemudian Allah swt menambah lagi sifat keraguan itu ke dalam hati mereka. Dengan keraguan maka wujud pula rasa riak dalam diri hingga rasa riak mereka itu meletihkan diri mereka sendiri. Penyakit ini juga dikenali sebagai kejahatan dalam perbuatan mereka sehingga kejahatan itu menyebabkan mereka mengalami kesesatan dan kekufuran. Dalam hujung ayat ini dijelaskan bahawa, golongan-golongan munafiq ini bakal di azab di akhirat dengan siksaan yang amat pedih disebabkan sifat dusta mereka terhadap Islam.
Ayat 11
Dalam ayat ini dijelaskan bahawa, perintah larangan buat golongan munafiq agar jangan melakukan kekufuran dan perbuatan maksiat kerana perkara itu disamakan dengan membuat kerosakkan di muka bumi. Kekufuran dan maksiat yang dimaksudkan ialah derhaka atau mengingkari perintah-perintah Allah swt. Yang dimaksudkan dengan membuat perbaikan ialah golongan munafiq mengira bahawa merekalah yang telah berjasa bagi melakukan perdamaian antara kaum mukmin dan ahli kitab, akan tetapi apa yang mereka lakukan itu cuma dugaan mereka sahaja padahal sebaliknya.
Ayat 12
Ayat ini merupakan sambungan daripada ayat sebelum ini. Dijelaskan bahawa orang-orang munafiq telah dilarang agar tidak melakukan maksiat atau menderhaka dengan perintah-perintah daripada Allah swt, akan tetapi kemaksiatan yang mereka kerjakan bagi mereka merupakan suatu kebaikan. Akhirnya kelakukan jahat yang mereka lakukan tidak sekali-kali mereka sedari.

Tiada ulasan: